Hye guys!
Ada sesiapa yang teringin kahwin awal? Maksud aku, awal tu dalam lingkungan usia 20-23 tahun. Sebab usia seawal ini, kebiasaannya remaja baru habis belajar dan baru memulakan langkah membina kerjaya. So, tak ramai sebenarnya memilih untuk kahwin masa umur hingusan ini.
Well, aku salah seorang yang mempunyai keinginan untuk kahwin awal. Sebab aku rasa kalau kahwin awal, muka nampak muda masa bergambar, suci, mulus dan berseri. *chewahh. Bila dah bercucu nanti boleh bangga show off tunjuk gambar-gambar kahwin kat cucu dengan muka comel molek gitu. Bila anak sendiri dah besar nanti jalan dengan mummy macam jalan dengan adik beradik pasal mummy maintain nampak muda.
Tapi aku rasa semua orang pun sedia maklum, kahwin bukan kerja mudah. Banyak perancangan yang perlu di titikberatkan. Bukan saja perancangan untuk majlis perkahwinan yang kompem-kompem makan ribuan ringgit, tapi juga perancangan selepas bergelar suami-isteri. *kenapa serius sangat tajuk kita hari ni.
Rumah, kereta, bil-bil, loan belajar, parent, dan macam-macam belanja nak kene uruskan bersama. Kalau boleh, lepas kahwin nanti, kita impikan hidup yang senang sebab adanya perancangan rapi sebelum menempuhi alam perkahwinan.
"Gila la Bedah tu, kahwin awal. Banyak betul duit beliau"
"Bestnya kalau aku kawin terus lepas habis belajar"
"Kau tahu Senah yang pendiam tu, dah kahwin dah. Grand gila buat kat hotel"
Mungkin sebab terpengaruh dengan keseronokan bergelar kahwin awal, kita menghadapi waktu sukar di kemudian hari. Tapi tak dinafikan ramai juga yang bahagia kan?
Mungkin juga orang yang kahwin awal ni, mereka sudah mempunyai perancangan rapi yang dah pun di ambil kira sebelum ni. Siapa tahu?
Mungkin aku boleh tunggu kewangan aku betul-betul stabil dan mampu memiliki aset sendiri, baru lah aku tenang dan mempunyai ruang untuk berfikir tentang alam perkahwinan :DD
*Teringin buat majlis resepsi bertemakan taman yang dipenuhi bunga ros segar.
LOL :D


hehehe.. cepat2 kumpul aset .. t senang nk kawin..
ReplyDeletekawen bln 12 nih ^^ doa2 semua berjalan lancar key ^^
ReplyDelete@hamidah sholihin:
ReplyDeleteye betul2. nak kumpul aset ni. nak kawin esok kalau boleh. hahaha
@fa:
ReplyDeleteselamat pengantin baru fa! moga semua dipermudahkan.. amin :DD