Semua orang tahu yang sekarang ni facebook berwajah baru kan. Macam-macam perubahan yang facebook lakukan dalam masa seminggu yang lalu. Kalau tak silap la.
Boleh dikatakan aku tak gemar langsung dengan facebook baru ni. Sebab apa?
Seriously serabut!
Bayangkan sekarang, semua benda yang kita lakukan akan ditayangkan secara langsung kat sudut paling kanan facebook kita. Memang la aku tahu, sebelum ni pun orang lain boleh tahu aktiviti kita, but at least masih bertapis lagi dan tidak terdedah secara terang-terangan macam sekarang. =.=
Terasa macam ruang iklan kat astro saluran 109. Stalker confirm suka benda-benda macam ni. Lol.
Kalau lalukan mouse dekat gambar (kat home), keluar tak nak besar pulak kan profile picture siap bagi detail macam kat atas ni.
Yang ni pun sama, kalau kita lalukan mouse dekat gambar, habis besar la yang dia nak keluar sampai block semua yang lain.
Serabut doh.
Mungkin perubahan ni akan diterima sikit demi sikit. Sebab apa? Sebab orang tak kan berhenti main facebook. Orang akan tetap setia walau pun facebook buat macam-macam.
Kalau taknak terima perubahan facebook, tak payah main. Senang. =,=
Tapi kan, kalau berhenti berfacebook, confirm korang akan rasa sedikit ketinggalan. Sebab banyak info yang disampaikan melalui facebook. Kawan korang nak kahwin, nak tunang, buat openhouse, semuanya kini melalui facebook kan?
MY MUSIC? KAHKAHKAH!





No comments:
Post a Comment