Wednesday, December 1, 2010

Le Chateau De Puah

Salam semua. Wahh hari ini memang dating habis kat rumah. Biasa lahh dah habis praktikal kata. Makanya tidur dengan tenang dan gumbira sambil silang kaki ala yoga. Pheww..

Hari ni dapat bonus 500 kan org kerajaan? Kan kan? Makanya, makan malam kitorang sefamily pegi Le Chateau De Puah. Dekat kampung puah je. Okay aku nak buat review sikit pasal tempat makan ni.

Le Chateau ni dah lama buka. Masa aku tecit-tecit form 4 dah ada dah. Tempat makan ni nampak mewah tapi ala-ala rumah. Kiranya perasaan macam makan kat rumah tu ada la sebab ada tempat bersila. Spa kecantikan pun ada dalam ni. Pakej spa dan restoran.




Standard harga makanan boleh tahan. Tapi tak ada banyak pilihan. Dessert pun setakat boleh tahan je. Yang paling tak best makanan sampai lambat giler wohhh. Datang kul 9.10 malam, teka makanan sampai kul bape? Teka.. teka.. Kul 10 okay. Burrr. Dah lapar gila time tu..



Aku makan mee goreng je. Jus epal. Kentang goreng dan banana split. Mee goreng RM 6.50 sepinggan. Sama harga banana split. Jus epal RM 4.50. Kentang goreng mangkuk kecik RM 5. Mahal gilerr..

Masa makanan sampai semua tak menyempat baca bismillah terus serbu. Hahaha. Pastu senyap selama beberapa minit tunduk tak dongak-dongak. Punyalah lapar sambil menghayati makan malam. Phewww

Rasanya nak kata kene promote tempat ni, memang tak kot. Lambat sangat. Tapi sekali sekala nak merasa boleh lahh..

2 comments:

  1. whoaa.. lma den tak minum banana split..!! sedap yer...

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Sedap kat sini boleh tahan lah. Satu magkuk perisa coklat je. Satu lagi perisa strawbery je.. Tade campur2 pun.. ;)

    ReplyDelete