Tuesday, November 16, 2010

Selamat ;)



Salam satu malaysia. Hehehe

Hari ini dah 9 Zulhijjah. Semalam berkira-kira nak puasa atau tak 9 Zulhijjah ni. Esok dah raya qurban. Selamat hari raya qurban semua. Esok cuti kan. Boleh tidur puas-puas. Ehh tak tak. Boleh tengok sembelih lembu.

So, hari ini sebenarnya hari yang disunatkan berpuasa bagi yang tak mengerjakan haji dan digalakkan bagi yang mengerjakan haji (betulkan kalau aku salah). Besar pahalanya. Dosa kita setahun yang lalu dan setahun akan datang akan dihapuskan. InsyaAllah.

Sekadar berkongsi, mungkin kita pernah dengar sehari sebelum raya qurban diharamkan berpuasa. Padahal manfaatnya besar iaitu menghapuskan dosa kita. Yang penting niat kita berpuasa kerana Allah. Apa kata kita kaji dulu sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti. Kita juga yang akan mendapat kebaikan darinya. InsyaAllah.


p/s : Entri hari ini baik sikit. Hehehe




Semalam tema purple kan kan? Hari ni hijau. Memang semua pakai hijau. Best best. Khamis ni pink. Hahaha ;)

5 comments: