Sunday, October 24, 2010

Bawa diri.


Terasa ingin bawa diri saat ini. Ke mana sahaja. Tempat yang jauh dari orang ramai. Tempat yang tiada siapa kenal. Tempat yang sunyi dan menerima kekecewaan diri.

Seperti merajuk pada dunia. Dunia yang kejam. Ahh. Emosi aku muncul kembali. Aku benci perasaan ini. Perasaan yang jauh di sudut hati hanya aku yang mengerti. Kerana aku lebih mengenali siapa aku.

Aku juga tidak mengerti. Kenapa kekecewaan ini mengetuk pintu hati.

Kenapa tidak kau pergi jauh wahai kecewa?

Kenapa tidak kau pergi jauh wahai resah?

Kenapa? Kenapa?

Moga aku sentiasa kuat. Moga hati sentiasa tabah. Moga jiwa sentiasa tenang. Moga damai lah selamanya.

3 comments:

  1. menegerti ? apa itu???? hahahahaha

    you, awak nape? apa yg wat anda nak larikan diri dan jauhkan diri?

    ReplyDelete
  2. Hahaahahhahaha! Dah ubah dah. I makan hati la youu. Makan hati masak kicap. Hahahahah

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha. makan hati masak kicap?

    ala i xmakan hati, i makan nasi goreng telur ngn kicap jeee.... hahahahaa

    ReplyDelete