Mencari perubahan yang membawa kebaikan..
Kadang-kadang kita terfikir dan berfikir.. Adakah diri kita cukup baik dan sempurna di mata orang yg memandang dan menilai kita.. Memang diri tidak akan lepas dari penilaian dan pemerhatian mata-mata.. Mungkin kita sudah cuba untuk menjadi yang terbaik demi menjaga hati dan perasaan insan sekeliling..
Mungkin tanpa kita sedar kita sudah pun berubah menjadi orang lain dengan perubahan yang kita lakukan.. Tiada salahnya berubah jika perubahan itu membawa kebaikan kepada semua.. Tiada salahnya berubah jika perubahan itu akan memberi seribu satu makna dan menjadikan kehidupan kita lebih ceria..
Mungkin perubahan yang kita lakukan akan mengambil masa.. Mungkin kita perlukan ruang untuk menilai diri kita sendiri dimana salah dan silap kita. Dimana kekurangan diri kita yang perlu diperbaiki.. Penilaian yang insan sekeliling buat mungkin boleh diterima dan dipertimbangkan kerana kita mugkin lemah dalam menilai diri kita sendiri.. Kita mungkin menganggap diri kita sudah cukup sempurna jika tiada teguran membina..
Kita sudah berfikir sebelum merubah diri.. Dan ubahlah diri dengan seikhlas hati.. Tanpa paksaan dan tekanan kerana perubahan dengan paksaan dan tekanan hanya akan memburukkan keadaan..

No comments:
Post a Comment